Wednesday 28 May 2014

SEJARAH STPM BAB3

Ekonomi Feudalisme di China


Pengenalan
Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan di China menunjukkan kawalan ketat oleh maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing. Maharaja dengan bantuan golongan bangsawan memainkan peranan utama dalam mencorakkan perkembangan ekonomi China.

Kegiatan Ekonomi Feudalisme di China
Kegiatan ekonomi feudalisme di China boleh dibahagikan kepada beberapa kegiatan utama seperti pertanian, industri kecil, perdagangan dan juga hubungan luar China. 

    1.      Kegiatan  Pertanian
Semasa era Dinasti Ming, hasil pertanian menjadi penyumbang utama ekonomi China.Tanaman utama mereka ialah padi.   Tanaman lain yang turut diusahakan termasuklah kapas, tebu, teh, barli, sekoi dan bijirin serta kekacang.

Kawasan pertanian utama di China pada ketika itu ialah; 
i.            Timur laut China dan Mongolia  iaitu merupakan dataran loes yg direntasi oleh Sg. Kuning
ii.            Kawasan sekitar Sg Yangtze.

Sungai Yangtze begitu penting kepada penduduk China. Ia berperanan sebagai;
           Kesuburan tanah dan pembaharuan dalam sektor pertanian yg dilaksanakan semasa era Dinasti Ming menyumbang kepada pengeluaran yang banyak sekaligus meningkatkan taraf hidup petani.

2.       Kegiatan Industri Kecil
Kepesatan ekonomi membawa kepada kemunculan bandar besar seperti Nanjing dan
Beijing. Bandar2 ini kemudiannya berkembang menjadi pusat industri swasta. Antara
industri swasta yang mula berkembang ialah;
         i.            Industri barangan kertas           ii.            Industri sutera
       iii.            Industri kapas                          iv.            Industri porselin

       Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran porselin.
       Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil
       Sungkiang muncul sebagai pusat pengeluaran kain kapas.
    Selain itu, industri tenunan dan kraftangan juga turut berkembang. Pengeluaran hasil tenunan dan kraf tangan kemudiannya mewujud pertukaran sehingga membawa kepada perdagangan dengan Jepun, Afrika Timur dan negara2 Asia.

3.       Kegiatan Perdagangan
Pada abad ke-16, ekonomi feudalisme yg mengutamakan pertanian menyebabkan status ekonomi perdagangan dipandang rendah. Walau bagaimanapun, kegiatan perdagangan berjalan lancar. Perkembangan sistem pengangkutan menyumbang kepada kepesatan aktiviti perdagangan. Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Peiho yg panjang membolehkan perdagangan dijalankan dengan rancak. 

Pembinaan terusan / sistem jalan air turut memudahkan perdagangan. Contohnya,Terusan Besar yg menganjur dari Peking [utara] ke Hangchow [selatan Sg. Yangtze] telah menjadi jalan pengangkutan utama barang dagangan.

4.       Hubungan Luar China
Hubungan luar China membuka dimensi baru semasa era Dinasti Ming. Pelayar China dibenarkan belayar ke Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz dan pesisiran pantai timur Afrika sehingga terjalinnya hubungan dengan negara luar.

Hubungan yang terjalin ini memberi faedah kepada China, antaranya;
i. Meningkatnya aktiviti perdagangan di China.
ii. Kemasukkan pedagang asing ke pelabuhan Canton di China.
iii. Kemasukkan pengaruh luar terutama dalam bidang pertanian
iv. Meningkatkan ekonomi China.

Kesimpulan
Dasar yang dilaksanakan oleh Dinasti Ming dalam sektor pertanian dan perdagangan banyak mempengaruhi perkembangan ekonomi feudalisme di China. Walau bagaimanapun, China masih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan kuasa barat. Sebagai contoh, pedagang Portugal, Sepanyol dan Belanda diterima berdagang di China. Walaupun dibenarkan berdagang di China, pedagang Portugal dipantau ketat oleh kerajaan China.